Everything Wiki:FAQ

From Everything Wiki
Jump to navigation Jump to search
0.00
(0 votes)

Soalan Lazim untuk moderator, pengguna dan syarikat/pemilik

Soalan Lazim Moderator:

Siapa yang boleh menjadi moderator?
Buat masa sekarang, sesiapa yang berminat dalam penulisan artikel boleh menjadi moderator. Antara pra-syarat adalah mempunyai gaya penulisan yang baik dan mematuhi garis panduan yang kami berikan. Keahlian adalah percuma.

Apakah topik yang boleh ditulis oleh moderator?
Semua topik dibenarkan. Anda juga boleh menulis tentang kedai roti atau kraf tangan di kampung kecil. Apa-apa produk, topik atau orang awam. Sekali lagi, garis panduan kami amat penting untuk diikuti agar tidak memudaratkan sesiapa.

Bilakah moderator dibayar– program koin?
Selepas pendaftaran, setiap moderator akan mendapat koin percuma melalui rakan kongsi koin kami. Tambahan lagi, moderator akan dibayar setiap kali menulis artikel atau mengemaskini/menaik taraf artikel. Anda tidak akan dibayar untuk setiap perkataan; algoritma dalaman kami mengira secara berbeza. Ia bukan tentang berapa panjang artikel itu. Kualiti, maklumat isi kandungan dan aktiviti umum moderator juga penting untuk diambil kira.

Bagaimana cara untuk mendapat pendapatan lebihan sebagai moderator?
Moderator yang aktif dan profesional menerima kerja tambahan daripada kami yang dibayar setiap artikel secara berasingan. Disebabkan Everything.wiki tidak menulis artikel sendiri, kami menyerahkan tempahan kepada moderator dan berkongsi nilai pesanan dengan moderator. Dalam kes ini, kami menyerahkan sehingga 80% nilai pesanan kepada moderator.

Bagaimana cara moderator dibayar?
Kami membayar moderator dengan mata wang kripto terpilih yang juga merupakan rakan kongsi kami. Disebabkan koin ini masih dalam pembangunan, kami akan membayar kepada semua moderator selepas koin itu dilancarkan.

Pesanan luaran seterusnya dibayar dalam bentuk USD atau EUR.

Dimana boleh mendaftar untuk menjadi moderator?
Anda boleh mendaftar di [SINI] Selepas membuat pendaftaran, anda perlu mengesahkan alamat emel.

Dimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang cara untuk menghantar dan menyunting artikel?
Untuk ketahui lebih lanjut tentang dokumentasi, anda boleh rujuk di SINI


Soalan Lazim Pengguna:

Siapa yang boleh menjadi pengguna?
Sesiapa sahaja, tiada halangan.

Apa yang pengguna boleh lakukan?
Pengguna boleh membaca, memberi komen dan memberi rating artikel. Sebagai seorang pengguna, anda adalah sebahagian daripada komuniti dan boleh memberikan tips dan berkongsi pengalaman sesama anda, mendidik, mencipta insentif baru atau cuma bertukar idea tentang topik kegemaran anda.

Dimana boleh saya mendaftar?
Anda boleh mendaftar di [SINI]

Adakah pengguna juga mendapat koin?
Rakan kongsi koin kami akan mengagihkan kepada semua pengguna pada masa tertentu (sama ada anda ialah pengguna atau moderator). Untuk melakukan ini, setiap pengguna mesti mendaftar dalam kumpulan Telegram dan meninggalkan sekurang-kurangnya satu artikel sebagai moderator atau komen sekurang-kurang 5 perkataan untuk sebarang artikel atau perbincangan.


Soalan Lazim Syarikat/Pemilik:

Siapa boleh mendaftar sebagai syarikat? Sesiapa sahaja yang menjalankan bisnes dalam apa-apa bentuk (kedai, kedai web, servis laman web, restoran, hotel dan banyak lagi).

Apakah manfaat menjadi sebuah syarikat? Syarikat boleh mencipta profil mereka sendiri dan mewakilkan syarikat, servis atau produk. Hal ini boleh memberi kesan positif kepada enjin carian (Google, Yahoo, dan Co.). Tambahan lagi, anda boleh menjenamakan dan menjual produk anda di profil. Pengguna juga boleh menilai dan berinteraksi secara langsung. Berdasarkan ulasan di Internet, sehingga 70% pengguna mengambil tahu sebelum membuat keputusan membeli. Semakin banyak ulasan sesebuah produk, semakin tinggi kebarangkalian produk itu dibeli. Hanya dengan satu ulasan boleh meningkatkan kebarangkalian pembelian sehingga sepuluh peratus. Jika pelawat di syarikat dalam talian melibatkan diri dengan ulasan pelanggan di halaman produk, kadar jualan meningkat sebanyak 58 peratus. 50 ulasan sudah cukup untuk memberi idea kepada pengguna yang produk itu telah diuji. Semakin banyak interaksi, komen, kandungan, gambar dan teks pada profil, semakin tinggi kebarangkalian yang profil ini berada di tempat yang baik dalam enjin carian.

Bolehkah artikel disunting oleh syarikat? Syarikat mempunyai kebolehan untuk mengunci artikel/profil supaya moderator lain tidak boleh menyunting/mengemaskini. Disebabkan itu, syarikat juga dikenali sebagai pemilik.

Bagaimana cara untuk saya melindungi halaman/artikel? Jika anda ingin melindungi artikel supaya tiada sesiapa yang boleh mengubahnya, anda boleh baca di SINI

Bolehkah orang lain mencipta profil syarikat untuk saya? Ya, moderator juga boleh mencipta profil untuk syarikat. Selepas anda mengesahkan diri anda sebagai pemilik, anda boleh mengambil semula profil tersebut.

Berapakah kos keahlian/profil? Mencipta profil adalah percuma.

Dimana saya boleh mendaftar? Anda boleh mendaftar dengan mudah di [SINI]



Jika terdapat persoalan lain yang tidak dijawab, sila tinggalkan komen anda di bawah.


You are not allowed to post comments.