Everything Wiki:About

From Everything Wiki
Jump to navigation Jump to search
0.00
(0 votes)
About us.png

Everything|Wiki

Tentang kami:

Kami ialah komuniti bebas yang terdiri daripada moderator dan penyokong yang mahu menyumbang dalam kemanusian sejagat. Kami memandang perkara ini sebagai tanggungjawab untuk kami menyatukan pengguna dan juga penyedia servis dalam menyediakan situasi sama-sama menang untuk kedua-dua belah pihak. Everything|Wiki tidak dimiliki oleh mana-mana orang persendirian atau syarikat, namun ia adalah milik sesiapa sahaja yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti. Everything|Wiki ialah versi naik taraf Wikipedia dan ensiklopedia lain yang membolehkan anda untuk melaporkan orang awam atau syarikat kecil yang lain. Dengan kami, tiada sekatan selagi ianya masih bermoral dan sah disisi undang-undang. Semua pelawat laman ini berpeluang untuk memberitahu mereka tentang sesiapa atau apa-apa sahaja dan seterusnya melindungi diri mereka sendiri. Tiada laporan dari satu pihak sahaja dan ahli komuniti boleh membantu membentuk sumbangan mereka sendiri untuk menyediakan platform yang optimum.

Benefits.png

Misi Kami:

Misi kami di Everything|Wiki adalah untuk menyediakan komuniti dan pangkalan data dimana semua orang boleh belajar dan bertukar maklumat tentang semua perkara. Melalui pertukaran ini, kami menyediakan nilai tambahan untuk segenap sisi. Bagi mencipta nilai yang paling bermakna, kami berkongsi pendapatan kami dengan komuniti yang aktif.

  • Di Everything|Wiki, mana-mana orang awam, syarikat, tempat, haiwan, objek, teori, bisnes dan sebagainya boleh disiarkan. Tiada sekatan disini, segalanya mungkin terjadi.
  • Tidak kira berapa besar sesebuah syarikat atau betapa kuat pengaruh seseorang, bisnes kecil seperti pembuat kraftangan, pendandan rambut atau kedai roti, mereka semua berpeluang untuk memperkenalkan diri masing-masing.
  • Menerusi pertukaran daripada senarai dan komuniti aktif, pengguna sepatutnya dilindungi dan diberi pilihan untuk memilih ketika membuat keputusan
  • Syarikat dan bisnes perseorangan boleh mewakilkan diri tidak kira berapa besar seterusnya menarik pelanggan baru. Tidak seperti ensiklopedia lain, syarikat atau individu ini boleh memberi komen secara bebas dalam catatan, komen dan rating.
  • Syarikat boleh mengesahkan diri mereka sendiri melalui kami untuk menunjukkan ketelusan dan menjamin keselamatan pelanggan mereka.
  • Syarikat atau orang awam boleh mengiklankan pada profil mereka contohnya, menyiarkan promosi diskaun dan memberitahu pelanggan mereka.
  • Semua pihak seharusnya mendapat manfaat daripada pertukaran yang berinteraktif.
  • Moderator menerima mata untuk artikel yang ditulis dan dikemaskini seterusnya boleh menaikkan ranking mereka. Moderator yang aktif akan diberi ganjaran berasingan oleh kami.
  • Everything|Wiki sedang merancang untuk mempunyai mata wang kripto sendiri pada masa hadapan bagi memudahkan urus niaga dalaman untuk bisnes dan pengguna akhir. Mata yang dikumpul moderator akan ditukar kepada mata wang kami sendiri.
  • Ahli komuniti juga berpeluang untuk membeli koin. Setiap pemegang koin mempunyai saham dalam pelbagai pendapatan Everything|Wiki selagi mereka masih memegang koin tersebut.


You are not allowed to post comments.